Pengajian Malaysia
ENTRIES ABOUT STUDENT CLASS






Ilmu Kami

Dimiliki 5 orang pelajar jurusan Kewangan & Perbankan Islam yang belajar di Politeknik Metro Johor Bahru dari kelas DIB1A intake DIS16.

Credits

© 2017 - Edited by Fayza
Full Template by Zahra Full Edit By Mayar And Zebina
Re-Edited by Fatqah. Allright Reserved
BAB 1 : SEJARAH AWAL NEGARA




PENGENALAN

Sejarah awal negara ini telahpun bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Penemuan-penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah didiami manusia sejak zaman prasejarah lagi. Di Malaysia, kewujudan zaman Paleolitik dikenal pasti telah berlaku lebih kurang 35 ribu tahun dahulu. Antara petempatan awal manusia adalah di Kota Tampan, Perak, Gua Niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah. Perkembangan masyarakat dari zaman Paleolitik ke zaman Mesolitik, zaman Logam hinggalah zaman proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun yang pesat di tanah air sejak Sebelum Masihi hinggalah abad sepuluh yang pertama. Perkembangan ini terus berlaku pada abad-abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaan dengan kemasukan pengaruh Buddha, Hindu dan kemudiannya Islam. 

LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA

Sejarah melayu telah bermula sebelum era Kesultanan Melayu. Pengkajian arkeologi dan sumber sejarah secara bertulis(dari china,india,yunani,arab dan parsi)telah membuktikan munculnya beberapa buah kerajaan awal di Gugusan Kepulauan Melayu.Terdapat juga penemuan artifak oleh pengkaji arkeologi yang menunjukkan sejarah masyarakat Malaysia seperti di Lembah Bujang (Kedah),Gua Kurong Batang(Perlis),Jenderam Hilir(Selangor)dan Santubong(Sarawak).



KESULTANAN MELAYU MELAKA

Di dalam kajian sejarah terdahulu, Melaka diasaskan pada awal abad ke-15. Pada tahun 1391, kerajaan Srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit (sebuah kerajaan pedalaman di Jawa). Hal ini menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke Temasik (Singapura). Pada waktu itu, Singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya, Siam. Pemerintah atau penguasa tempatannya bernama Sang Aji Singapura, iaitu menantu kepada Raja Siam sendiri.

Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut Parameswara telah bertakhta di Singapura. Namun pada tahun 1398, Ayudhya telah membuat serangan balas ke atas Singapura. Kemudian, Parameswara dan pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tanah Melayu. Pada mulanya baginda bertapak di Muar, seterusnya di Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400.

Namun begitu, di dalam kajian yang mutakhir terdapat sarjana yang mengemukakan bahawa Kerajaan Melaka itu diasaskan pada tahun 1262. Tarikh baru ini ekoran kajian mendalam terhadap naskhah Melayu agung, iaitu Salalatus Salatin (edisi Raffles, MS18). Walau bagaimanapun, ketika Parameswara sampai di Melaka disitu telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan. Parameswara menamakan kawasan tersebut Melaka, iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama 'Melaka'.

Terdapat juga beberapa pandangan lain yang mengatakan bahawa nama Melaka berasal dari istilah Arab, iaitu Malaqat yang bermaksud ‘tempat perlindungan’ sebagai simbolik kepada tapak perlindunga Parameswara dan para pengikutnya.Bermula daripada baginda hingga kepada waris-warisnya, Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang termasyur di dunia terutama pada abad ke-15.

PEMERINTAHAN

Melalui pemahaman terhadap bentuk pemerintahan awal di Melaka, kita dapat menggambarkan sistem pemerintahan pada hari ini yang masih diamalkan dalam sistem beraja negara. 

Sistem pemerintahan di Melaka ini disebut ‘raja mutlak’ yang bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat. 

Sultan mempunyai perkenan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang dan peraturan, menghakimi perbicaraan, mengawal keselamatan, mentadbir hal ehwal pelabuhan, merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protocol dan adat istiadat istana. 

Raja dibantu oleh sebuah organisasi yang tersusun dengan hierarki dan fungsi masing-masing. 

Sistem ini dipanggil ‘Sistem Pembesar Empat Lipatan’.Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.


Selain empat orang menteri utama ini, wujud golongan pentadbir lain yang tidak kurang pentingnya seperti syahbandar sebagai pegawai pelabuhan, hulubalang besar sebagai panglima perang, ulama, mandulika, tentera, mantri, Seri Bija Diraja, bentara, chetria, orang kaya dan bangsawan yang lain mewakili pembesar 8, 16 dan 32.


Corak pentadbiran sebigini membentuk ‘Sistem Kebangsawanan’ di Melaka. Selain kerabat diraja, sistem ini melahirkan dua golongan masyarakat iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. 

Secara keseluruhannya, sistem pentadbiran kerajaan Melaka adalah berdasarkan wilayah. Wilayah pemerintahan empayar Melaka terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu:

  • Kota Melaka
  • Wilayah-wilayah pegangan/pemakanan 
  • Wilayah-wilayah taklukan 
  • Jajahan-jajahan takluk

Kota Melaka ditadbir di bawah pusat pentadbiran utama.
Wilayah-wilayah pegangan pula merujuk kepada kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada para pembesar tertentu untuk mentadbirnya sekali gus memperoleh nafkah dari wilayah-wilayah tersebut. 

Pentadbiran di wilayah-wilayah kecil pula dipertanggungjawankan kepada penghulu-penghulu yang dilantik. Mereka ini digelar ‘Mandulika’. Wilayah-wilayah yang dimaksudkan ialah Klang, Jeram, Selangor dan lain-lain. 

Sementara itu, jajahan-jajahan takluk Melaka pula meliputi kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sendiri seperti Selangor, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan dan lain-lain. Selain itu, jajahan meliputi juga Inderagiri, Bengkalis, Rokan, Rupat, Bentan, Lingga dan lain-lain di Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga. 

Wilayah-wilayah ini diberi autonami untuk mengekalkan pentadbiran tempatan tetapi dengan pengawasan daripada kerajaan Melaka. 

Wilayah-wilayah jajahan ini juga perlu membayar sejumlah cukai yang ditentukan. Melaka menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang digubal berlandaskan undang-undang Islam dalam pemerintahan negeri. 

Penguatkuasaan undang-undang tersebut berjaya menjadikan Melaka sebagai sebuah negara berdaulat, aman dan harmoni.


MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG

Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang.
Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.

Melaka pernah menjadi pusat perdangan dunia.

Hal ini kerana, kedudukannya yang strategik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan Barat, misalnya dari negara China, India, Timur Tengah,Asia Timur dan Kepulauan Melayu. 
 
Selain itu, kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakan penyebaran agama Islam di Melaka dan akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam.

Justeru, Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.

Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.

KEJATUHAN MELAKA
Zaman Kesultanan Melayu Melaka runtuh semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah setelah Melaka diserang oleh Portugis pada tahun 1511.Alfanso dan Albuquerque yang mengetuai tentera Portugis telah berjaya menawan Melaka pada 25 Ogos 1511.Sultan Mahmud Syah terpaksa melarikan diri ke Muar,Pahang dan akhirnya ke Bintan.Kekalahan Melaka adalah disebabkan dua faktor,iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.



WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kerajaan Johor,Perak dan Pahang merupakan kerajaan yang mempunyai susur-galur perwarisan kerabat diraja Melaka. Kerajaan-kerajaan tersebut juga mewarisi sistem pemerintahan Kesultana Melayu Melaka seperti Sistem Pembesar Empat Lipatan dan sistem perundangan yang diubah suai daripada Hukum Kanun Melaka.Institusi kesultanan,adat istiadat Melayu,agama Islam dan bahasa Melayu yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka diteruskan oleh negeri-negeri tersebut.


JOHOR
Selepas Melaka diserang Portugis pada tahun 1511,Sultan Mahmud Syah dan anaknya,Sultan Ahmad Shah bersama-sama pengikut mereka telah melarikan diri ke Ujong Tanah kini dikenali sebagai Johor. 

Mereka membuat perancangan untuk menawan semula Melaka tetapi perancangan tersebut telah diketahui oleh Portugis.Kemudian,mereka berundur ke Pahang dan akhirnya berhijrah Bentan. Setelah kemangkatan Sultan Ahmad Syah,Sultan Mahmud Syah melantik puteranya sebagai pengganti baginda dan digelar Raja Muda.

Selepas Raja Ali(putera Sultan Mahmud bersama Raja Fatimah) dilahirkan,Raja Ali telah dibatalkan oleh Sultan Mahmud Syah sebagai sebagai “Sultan Muda” atas permintaan Raja Fatimah. Kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas.Sultan Muzaffar yang disingkirkan membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak dengan Sultan Muzaffar syah. Sultan Mahmud Syah bersemayam di Bentan hampir 13 tahun dan kemudiannya berundur ke Kampar,Sumatera Indonesia apabila Bentan diserang oleh Portugis pada tahun 1526.

Baginda menerajui pemerintahan Kampar dan mangkat di sana pada tahun 1528. Raja Ali pula ditabalkan sebagai sebagai pengganti Sultan Mahmud Syah dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah.Kemudian baginda berpindah ke Pahang dan mengahwini puteri Pahang,iaitu Puteri Kesuma Dewi. Baginda berpindah ke Johor dan membuka penempatan tetep di Hujung Tanah.

Dengan itu,Sultan Alauddin Riayat Syah disebut sebagai Sultan Johor yang pertama. Waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor telah beberapa kali mengatur serangan untuk menawan semula Melaka tapi gagal.Serangan terbesar gabungan tentera Johor,Perak,Pahang dan Japara(Jawa) juga gagal meruntuhkan kubu Portugis. Pada tahun 1641,Johor telah berjaya membebaskan Melaka daripada jajahan Portugis dengan bantuan Belanda disebabkan tipu daya Belanda.

Perubahan daripada perwarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga Bendahara berlaku pada tahun 1699,iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II(1685-1699)dibunuh oleh Laksamana Megat Sri Rama. Kemudian,tampuk pemerintahan diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dan membuka penempatan baharu di Panchur.

PERAK
Raja Muzaffar (putera Sultan Mahmud Syah bersama puteri Kelantan,Puteri Onang Kening)membawa diri ke Perak setelah disingkirkan daripada menjadi Sultan Johor oleh Raja Ali. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah I pada tahun 1528. Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa Sultan Muzaffar mejadi Sultan Perak yang pertama selepas Tun Saban,Pembesar Negeri Perak dan Nahkoda Kassim menghadap Sultan Mahmud Syah di Kampar untuk meminta kebenaran baginda supaya Sultan Muzaffar menjadi pemimpin di Perak.

Pembesar Perak berpendapat bahawa pemimpin daripada waris Kesultanan Melayu Melaka mampu memajukan negeri Perak kerana kebesaran, kewibawaan dan struktur pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh di Tanah Melayu.Sultan Muzaffar menjadikan Tanah Abang sebagai pusat pemerintahan. Tanah Abang terletak 80 kilometer dari muara Sungai Perak.Adat istiadat Melaka dan buday Melayu dihidupkan semula di Tanah Abang.

Perak mewarisi sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.Namun,sistem pewarisan takhta kerajaan Perak berbeza sedikit dengan sistem Kesultanan Melayu Melaka. Sistem pewarisan takhta Perak menggunakan sistem giliran dan bukan secara turun temurun.Sistem giliran ini membolehkan tiga keluarga,iaitu keluarga Y.A.M Raja Bendahara Alang Iskandar Shah,Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar shah Ghafirullah dan Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II berkongsi hak untuk menaiki takhta kerajaan.

Apabila Sultan mangkat,Raja Muda akan dilantik menjadi sultan yang baharu. Putera sultan tidak dilantik secara automatik bagi menggantikan sultan yang mangkat,sebaliknya mesti memegang beberapa jawatan Raja Bergelar sebelum menjadi sultan.Namun,pembesar negeri Perak memounyai kuasa untuk menentukan calon sultan tanpa mengikut giliran yang ditetapkan.

PAHANG
Pemerintah negeri Pahang mempunyai perkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka.Mardiana Nordin (2014)  bahawa dalam buku sulalatus salatin ada diceritakan bahawa Sultan Mansur Syah menghantar anaknya,iaitu Raja Muhammad ke Pahang sebagai hukuman kerana telah membunuh Tun Besar iaitu anak kepada Tun Perak yang merupakan Bendahara Melaka. Pembunuhan ini terjadi apabila bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar telah terkena dastar Raja Muhammad yang pada ketika itu sedang menaiki kuda berhampiran dengan kawasan Tun Besar bermain.Di Pahang,Raja Muhammad Shah pada tahun 1470.

Pada tahun 1614,Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah telah dibunuh Sultan Ahmad dilantik sebagai Sultan Pahang.Apabila Acheh menyerang Pahang pada tahun 1617,Sultan Ahmad dan keluarganya di bawa ke Acheh sekaligus menamatkan pemerintahan zuriat Sultan Melaka secara langsung di Pahang. Pelantikan Raja Bujang sebagai pemerintah Pahang pada tahun 1615 menandakan bermulanya pemerintahan bagi keturunan Melak-Johor. Raja Bujang ialah putera Sultan Alauddin (Johor).

Negeri Pahang dan Johor telah disatukan apabila Raja Bujang ditabalkan sebagai Sultan Johor pada tahun 1637 dan meneruskan pemerintahan Kesultanan Johor-Riau.Kesultanan Johor-Riau yang meliputi Singapura,Pahang,Riau dan Lingga juga merupakan warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka.Kemangkatan Sultan Mahmud Syah II menamatkan pemerintahan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor dan Pahang. Seterusnya,tampuk pemerintahan negeri Pahang diambil alih oleh keluarga Bendahara dimulai dengan Bendahar Tun Abdul Jalil Riayat Syah IV.Daripada keturunan Tun Abdul Majid inilah,Kesultanan Pahang yang baharu telah diasaskan.

KERAJAAN MELAYU BAHARU

TERENGGANU
Terengganu merupakan salah satu negeri taklukan Kesultanan Melayu Melaka. Kemudian, Terengganu disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan Bendahara Johor sejak abad ke-18. Pengasas kesultanan bermula apabila Tun Zainal Abidin(anak kepada Tun Abdul Majid, Sultan Pahang dari keturunan Bendahara) ditabalkan sebagai Sultan Terengganu yang pertama sekitar tahun 1708-1720.

Sultan Zainal Abidin mangkat pada 7 Mac 1733 dan meninggalkan enam orang putera. Putera almarhum bersetuju menyerahkan takhta pemerintahan Terengganu kepada putera bongsu, iaitu Engku Tuan Mansur akan menjadi raja yang besar apabila dewasa kelak. Sementara itu, tampuk pemerintahan kerajaan Terengganu dipegang oleh kakanda sulungnya, iaitu Engku Tuan Wangsa dan Bendahara Tun Hussein. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Terengganu pada 26 Februari 1741 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, sultan Empayar Johor-Riau-Lingga yang merupakan sepupu baginda.

KELANTAN
Kelantan merupakan negeri taklukan Kesultanan Melayu Melaka. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Kelantan dibahagikan kepada beberapa kawasan yang diperintah oleh ketua-ketua kecil. Ketua-ketua kecil tersebut mendapatkan naungan Persekutuan Pattani Besar apabila diancam oleh Siam pada tahun 1603. Kemudian, Kelantan dibahagikan kepada empat wilayah oleh kerajaan pusat Pattani, iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. 

Sejarah merekodkan bahawa terdapat pertikaian Antara Long Sulaiman (pemerintah Kelantan Timur) dengan Long Deraman (pemerintah Legeh) pada tahun 1756, apabila Long Deraman ingin merampas takhta dan menyebabkan kematian Long Sulaiman. Long Yunos, anak kepada Long Sulaiman menyelamatkan diri ke Terengganu dan mendapatkan perlindungan daripada sahbatnya di Terengganu, iaitu Ku Tana Wangsa (anak Tun Zainal Abidin, Sultan Terengganu Pertama). 

Long Yunos dengan bantuan Terengganu telah menyerang dan mengalahkan Kelantan. Setelah itu, Long Yunos dilantik sebagai pemerintah Kelantan. Namun, pada akhir pemerintahan Long Yunos, berlaku pertikaian antara beliau dengan Sultan Mansur (Terengganu). Selepas kemangkatan Long Yunos, Terengganu menyerang Kelantan pada tahun 1975 tetapi gagal. Pada tahun 1800, Terengganu mendapatkan bantuan Pattani untuk membuat serangan kedua. Negeri Kelantan dikalahkan oleh serangan dari dua penjuru oleh Terengganu. 

Pada tahun 1801, Long Muhammad (putera Long Yunos) melancarkan serangan kepada Terengganu. Beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Kelantan yang pertama. Baginda berjaya membebaskan Kelantan dari pengaruh Terengganu pada tahun 1812 serta membuat hubungan diplomatik dengan Siam demi menjaga kedaulatannya dan mengelak daripada ancaman luar. Seterusnya, Kelantan diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Siam atau dikenali sebagai Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 dan menjadikan Kelantan sebagai salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

SELANGOR

Selangor merupakan negeri taklukan Melaka pada abad ke-15. Apabila Melaka dijajah oleh Portugis, Kesultanan Melaka berpindah ke Johor. Ini menjadikan Selangor berada di bawah taklukan Johor dan kekal sehingga abad ke-18.Pada bulan Mei 1745, Daeng Chelak merupakan salah seorang daripada opu (gelaran bangsawan Bugis) lima bersaudara yang berpengaruh di Johor telah mangkat. Beliau meninggalkan dua orang putera, iaitu Raja Haji dan Raja Lumu.

Raja Haji telah menjadi Yam Tuan Muda Johor. Raja Lumu merancang untuk menjadi Sultan Selangor, iaitu seorang pemerintah yang berdaulat serta mengelakkan Selangor daripada dikawal oleh Johor secara berterusan.Pada tahun 1766, Raja Lumu ditabalkan menjadi Sultan Selangor dengan gelaran Sultan Salahuddin Shah dan mendapat pengiktarafan daripada Sultan Mahmud, Sultan Perak. Pelantikan Raja Lumu yang bergelar Sultan Salahuddin Shah merupakan permulaan kepada kesultanan baharu di Selangor yang kekal hingga ke hari ini.

Sultan Ibrahim Shah yang menggantikan Sultan Salahuddin Shah pada tahun 1782 telah berjaya memajukan Selangor. Kejayaan Selangor menjadi pengeluar bijih timah menarik minat Belanda dan menyebabkan Selangor diserang oleh Belanda.


NEREGI SEMBILAN
Negeri Sembilan memperakui ketuanan Melaka dan Johor. Selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis, bermulalah kesultanan Bugis di Selangor dan pengaruh Bugis di Johor. Pada akhir kurun ke-17, pembesar-pembesar Negeri Sembilan (penghulu) menjemput anak raja dari Minangkabau sebagai Yamtuan Besar berusaha dan bersiap sedia untuk menghadapi serangan Bugis.

Pada tahun 1773, Raja Melewar, iaitu putera kepada Sultan Abdul Jalil telah dititahkan oleh ayahandanya dating ke Negeri Sembilan dari Pagar Ruyung, Minangkabau menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang  pertama dan memulakan institusi beraja di sana. Apabila berlaku kemangkatan Yang Dipertuan Besar, pemegang-pemegang adat akan menjemput seorang putera dari Pagar Ruyung untuk menjadi pemerintahan. Ia berlaku pada tiga pemerintahan, iaitu pemerintahan Raja Melewar (1773-1795), Yam Tuan Hitam (1795-1808) dan Yamtuan Lenggang (1808-1824).

Pemerintahan oleh Yamtuan Radin Ibni Raja Lenggang merupakan permulaan era pemerintahan oleh warisan takhta dari anak raja tempatan. Pewaris takhta pemerintahan Negeri Sembilan yang seterusnya adalah daripada jurai keturunan Raja Radin Ibni Raja Lenggang seperti yang termaktub dalam Fasal 7(3), Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Negeri Sembilan mengamalkan adat perpatih. Adat perpatih merupakan adat yang berasal dari Minangkabau, Sumatera Indonesia. Gelaran Yang Dipertuan Besar yang digunakan merujuk Yang Dipertuan atau Yamtuan. Adat perpatih mengandungi peraturan yang lengkap bagi kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan. Adat ini mengandungi susunan pentadbiran dan pembahagian kuasa politik, pembahagian harta, aturan perkahwinan dan kekeluargaan serta hal ehwal kemasyarakatan.


Tanah Melayu terletak di Asia Tenggara. Para sejarawan mempunyai pandangan yang berbeza-beza berkaitan tarikh sebenar kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Agama Islam dipercayai datang ke Asia Tenggara pada abad ke-7 Masihi, iaitu sejak zaman Rasulullah SAW melalui peranan pedagang Islam yang berdagang di Tanah Melayu. Menurut Abdullah Ishak (1990), agama islam terus berkembang di Nusantara pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan kerajaan Islam yang seterusnya.


2 FAKTOR ISLAM TERSEBAR DI ASIA TENGGARA

  • Peranan golongan penyebar Islam seperti golongan bangsawan, golongan mubaligh, pedagang asing, ulama dan ahli sufi serta peranan kerajaan-kerajaan Islam.
  • Ciri-ciri istimewa yang ada dalam agama Islam itu sendiri.


ZAMAN PENJAJAHAN

Penjajahan merujuk kepada penguasaan dan kawalan kuasa asing terhadap sebuah wilayah dan penduduknya atas kepentingan politik, ekonomi dan social. Tanah Melayu telah dijajah selama 446 tahun bermula dari tahun 1511 hingga 1957 oleh empat buah Negara seperti Portugis, Belanda, British dan British.


PORTUGIS

Portugis datang ke Tanah Melayu untuk menguasai perdagangan rempah yang di monopoli oleh pedagang Islam. Selain itu, Portugis juga ingin mengukuhkan dan meluaskan pengaruhnya di Timur serta menyebarkan dan mengembangkan ajaran Kristian. Portugis tertarik dengan Melaka kerana lokasi dan kedudukannya yang strategik, iaitu di tengah-tengah laluan antara India dan China.
Sistem Pentadbiran Perdagangan Portugis di Melaka:

  • Kapal-kapal pedagang wajib membayar cukai 6-10% daripada hasil dagangan
  • Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang
  • Portugis memonopoli barang dagang utama ( membeli barang dengan harga rendah dan menjualnya dengan harga tinggi)
  • Diskriminasi terhadap pedagang Islam


BELANDA

Pihak Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindi Timur Belanda (SHTB) atau Vereenigde Oost-Indiasche Compagnie (VOC0) pada 20 Mac 1602. Pusat pentadbiran utama Belanda adalah di Betawi (Jakarta), iaitu di Pulau Jawa. Belanda telahmenyerang Melaka beberapa kali untuk mengatasi kuasa Portugis dan berusaha untuk menghancurkan pelabuhan Melaka bagi menarik pedagang asing ke Betawi serta menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu. Belanda juga cuba untuk menguasai perdagangan kain di India dan bijih timah di negeri-negeri Melayu.
Pada pertengahan 1640, Belanda bersatu dengan Kerajaan Melayu Johor untuk menyerang Portugis dan menyerang Melaka. Selepas berperang selama enam bulan, akhirnya Portugis menyerah kalah pada Januari 1641. Namun, Belanda menggunakan tipu daya mereka untuk menjadi kuasa penjajah baharu di Melaka selepas Portugis.

Penjajahan Belanda di Tanah Melayu berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London) pada 17 Mac 1824. Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan antara Belanda dan British di Kepulauan Melayu. Kesan peninggalan Belanda di Tanah Melayu antaranya ialah pembinaan monumen seperti bangunan Stadthuys di Melaka dan Kota Belanda (Dutch Port) di Pulau Pangkor.





INGGERIS

Pada tahun 1600, British membuat persiapan untuk berdagang di Timur dengan menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). British ingin mencari pelabuhan baharu sebagai pengkalan laut untuk kapal-kapal British yang berlayar di timur Teluk Benggala. British mula datang ke Kepulauan Melayu pada awal abad ke-17. Kedatangan British ke Tanah Melayu adalah untuk menguasai kekayaan ekonomi Tanah Melayu. 


Penjajahan British di Tanah Melayu bermula apabila Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa menghantar surat kepada Gabenor British di Madras, India untuk mendapatkan bantuan tentera British daripada ancaman Bugis pada tahun 1771. Namun, permohonan tersebut ditolak oleh British. Sultan Muhammad Jiwa menghantar seoramg utusan ke Acheh bagi menemui pegawai SHTI, iaitu Francis Light untuk menubuhkan pusat perdagangan di Kuala Kedah, sekiranya British bersetuju memberikan bantuan dan perlindungan kepada Kedah. Francis Light telah menduduki Pulau Pinang secara rasmi pada 11 Ogos 1786 setelah memberikan jaminan kosong kepada Sultan Abdullah kerana ketidaksediaan mereka memberikan pelrindungan kepada Kedah.



Perjanjian Inggeris-Belanda telah dibuat pada 17 Mac 1824 atas tujuan menamatkan persaingan antara Belanda dan British di Kepulauan Melayu. Perjanjian ini memberikan peluang yang besar kepada British untuk campur tangan di negeri-negeri Melayu.


  • Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh.

  • Perpecahan Empayar Johor-Riau.

  • Persaingan kuasa antara Belanda dan British semakin sengit.
 
SISTEM RESIDEN
Sistem Residen telah diperkenalkan di Tanah Melayu semasa Perjanjian Pangkor iaitu pada 20 Januari 1874. Perjanjian Pangkor merupakan permulaan campur tangan British dalam urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Jawatan residen ialah satu stratergi British untuk menjaga kepentingan mereka dari sudut ekonomi di Tanah Melayu. Usaha ini adalah untuk memastikan bahawa usaha memonopoli hasil dagangan utama di negeri-negeri Melayu seperti bijih timah dapat berjalan dengan lancar. 


  • Perubahan yang berlaku disebabkan pelaksanaan sistem Residen:

  • Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dan pembesar kehilangan peranan mereka

  • Sistem pengadilan British diperkenalkan dengan menubuhkan mahkamah bagi membincangkan kesalahan yang dilakukan oleh Penduduk Tanah Melayu

  • Pungutan cukai dan hasil negeri yang dikuasai oleh Sultan/Raja dan pembesar tempatan diambil alih oleh British

  • Sistem perhambaan dihapuskan

  • British telah membawa masuk imigran dari China dan India ke Tanah Melayu


JEPUN

Jepun menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan mendarat di pantai Padang Pak Amat, Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun yang bergerak menawan lapangan terbang Kota Bharu. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah ke dua bahagian. Sebahagian tentera bergerak kea rah Pantai Timur ke Kuantan dan sebahagian lagi ke arah Selatan mrunuju ke Sungai Perak. Pada sama yang sama, Jepun menyerang Singapura, Hong Kong, dan Pearl Harbor di Amerika Syarikat melalui udara. Dan juga mendarat di Pattani dan Singgora di Thailand dan bergerak ke bahagian Barat Tanah Melayu melalui jalan darat. Pihak jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani dan Alor Star pada 9 Disember 1941.

Tanah Melayu dibom oleh Tentera Jepun pada 10 Disember 1941. Pada 11 Disember 1941 , Jepun mengebom Pulau Pinang seterusnya menguasai Jitra dan Alor Star pada 12 Disember 1941. Pada pertengahan Febuari 1942, Jepun telah berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura. 
 
Di sarawak, Jepun menawan Miri pada 16 Disember 1941 dan Kuching pada 24 Disember1941. Dan mula menawan beberapa Bandar utama di Sabah seperti Labuan, Beaufort, Jeselton, dan Sandakan pada Januari 1942. Semua negeri sabah dikuasai awal Mei 1942.

FAKTOR KEJAYAAN JEPUN


  • Persediaan perang yang rapi dan teratur oleh Jepun. Mereka mengkaji kedudukan pertahanan tentera British di Tanah Melayu.

  • Kelengkapan perang yang canggih di samping semngat juang tinggi untuk Maharaja Jepun

  • Strategi peperangan yang sesuai seperti menggunakan basikal memudahkan pergerakan

  • Pakatan kerjasama  dengan Siam bahawa Siam tidak akan diserang memudahkan Jepun mendarat di Thailand dan memasuki Tanah Melayu

  • British menyangka Jepun akan membuat serangan di Singapura sebagai Pusat pertahanan utama British , sebaliknya Jepun menyerang melalui Kota Bharu dan sebahagian Tanah Melayu

  • Jepun menggunakan pelbagai slogan untuk menarik perhatian dan sokongan penduduk Asia Tenggara seperti ‘Asia untuk Asia’
 
ditulis oleh : fatin atiqah