Pengajian Malaysia
ENTRIES ABOUT STUDENT CLASS






Ilmu Kami

Dimiliki 5 orang pelajar jurusan Kewangan & Perbankan Islam yang belajar di Politeknik Metro Johor Bahru dari kelas DIB1A intake DIS16.

Credits

© 2017 - Edited by Fayza
Full Template by Zahra Full Edit By Mayar And Zebina
Re-Edited by Fatqah. Allright Reserved
ILMU KAMI


Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah kami menyiapkan blog pengajian malaysia ini. Blog ini dimiliki oleh 5 orang pelajar jurusan Kewangan dan Perbankan Islam dari Politeknik Metro Johor Bahru. Blog ini merupakan satu tugasan yang diberikan kepada kami. Setiap tajuk pembelajaran yang kami pelajari di dalam bilik kuliah kami akan kongsikan bersama rakan-rakan lain disini. Blog ini diberi nama 'Ilmu Kami' kerana ianya satu cetusan idea dari kami sekumpulan, setiap ilmu yang kami pelajari tentang subject 'Pengajian Malaysia' kami akan kongsikan dengan anda dan kami membuat nota ringkas tentang setiap tajuk yang telah kami pelajari. Kami sekumpulan akan menukar idea diantara satu sama lain untuk menghasilkan satu nota yang padat dan lengkap walaupun ianya ringkas. Kami masih bergelar pelajar semester 1, jadi kami memohon tunjuk ajar anda agar menegur sekiranya ada yang kami terlepas pandang tentang nota yang bakal berada di dalam blog ini. Segala yang tercipta di dalam blog ini adalah hasil idea kami. Jadi dengan ini kami berharap tidak ada pihak yang tidak bertanggungjawab meremehkan hasil kerja kami. Sekiranya nota kami tidak memuaskan hati anda para pembaca kami memohon maaf hendaknya, kerana kami juga manusia biasa yang sering lalai dan terlupa. Kami tidak lari dari membuat sebarang kesilapan. Akhir kata sekiranya anda ingin mengambil nota di dalam blog ini dipersilakan dan kami tidak sama sekali menghalang niat baik anda untuk belajar. Tetapi harap tidak ada yang mengaku nota yang berada di dalam blog ini merupakan hasil kerja dirinya sendiri. Ingin menyalin nota atau copy paste di dalam blog anda tidak mengapa. Semakin banyak kita berkongsi ilmu semakin banyak ilmu yang kita perolehi. Semoga setiap ilmu yang kami kongsikan di dalam blog ini memberi manfaat kepada anda semua. Mohon comment di ruang yang disediakan jika anda ingin menambah sebarang point yang kami lupa. Sekian, terima kasih.

Ahli Kumpulan Ilmu Kami:

Nurul Nabila
Nurul Syafiqah
Fatin Atiqah
NurulHaida
Mohamad Shahzwan