Pengajian Malaysia
ENTRIES ABOUT STUDENT CLASS






Ilmu Kami

Dimiliki 5 orang pelajar jurusan Kewangan & Perbankan Islam yang belajar di Politeknik Metro Johor Bahru dari kelas DIB1A intake DIS16.

Credits

© 2017 - Edited by Fayza
Full Template by Zahra Full Edit By Mayar And Zebina
Re-Edited by Fatqah. Allright Reserved
BAB 5 : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA



Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Luar Negara? Dasar luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. 

Begitu juga sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya daripada serangan musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan bersama. Keperluan asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini, sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan penbangunan politik, ekonomi perdagangan dan social negara.

Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut.

Sejarah Hubungan Luar Malaysia

Hubungan Malaysia dengan negara luar telah berlaku sejak zaman prakemerdekaan, iaitu pada era kesultanan Melayu Melaka apabila Melaka telah mengamalkan dasar luar secara aktif dengan negara India, Siam, China, Parsi, Arab, Jepun dan negara-negara di sekitar Kepulauan Melayu.

Kepelbagaian faktor geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada pembentukan dan hala tuju hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain.
Dasar luar Malaysia semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman (1957-1970) lebih bercorak proBarat dan anti-komunis.

Ketika di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein (1970-1975), dasar luar Malaysia menitikberatkan pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik.

Semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003), dasar luar negara lebih mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar- dasar sebelumnya.

Selepas tahun 2003, negara dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Malaysia menjalin hubungan dengan negara luar melalui dua pendekatan, iaitu secara bilateral dan multilateral.

Faktor Pembentukan Dasar Luar
Persekitaran geotrategik

Kedudukan  Malaysia  yang strategik,iaitu terletak  di persimpangan laut di antara Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi menjadi laluan utama bagi rantau asia Tenggara.
Kebanyakan perdagangan antara Timur Jawa dengan Timur Tengah melalui perairan Selat Melaka.

Disebabkan faktor-faktor inilah yang menyebabkan perlunya Malaysia mengamalkan dasar baik-baik dengan negara luar bagi memastikan wilayah ini bebas,aman dan terhindar daripada tekanan pengaruh luar.

Struktur Politik Negara

Struktur politik negara sangat mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia.
Malaysia mengamalkan konsep demokrasi yang menyokong penuh kebebasan manusia dan kemakmuran rakyat.

Keadaan ini jelas apabila Malaysia memperjuangkan dasar yang tidak adil dalam sesebuah negara seperti Dasar Apartheid di Afrika Selatan dan juga perjuangan penghapusan penindasan politik dan ekonomi oleh negara-negara tertentu.

Demografi

Malaysia mempunyai penduduk yang pelbagi kaum

Malaysia sangat mementingkan perpaduan dan penghormatan hak asasi manusia dengan perjuangan menentang Dasar Apartheid

Hal ini kerana,amalan tersebut bertentangan dengan amalan perpaduan yang wujud di Malaysia

Keselamatan Negara

Keselamatan negara menjadi agenda penting yang mempengaruhi dasar luar Malaysia
Kedudukan malaysia yang strategik perlu diawasi daripada dicerobohi oleh anasir-anasir tertentu seperti Komunis.Oleh itu,Malaysia perlu mengadakan hubungan luar yang ada hubung kait dengan keselamatan negara

Faktor Sejarah

Faktor ini juga turut mempengaruhi amalan dasar luar Malaysia.Contohnya,hubungan Malaysia dengan Indonesia,Brunei dan Singapura sangat penting kerana pada asalnya,negara-negara tersebut pernah menjadi sebahagian daripada rumpun melayu
Demikian juga hubungan Malaysia dengan negara-negara Komanwel merupakan negara bekas tanah jajahan British


Faktor Ekonomi

Melalui faktor ini,Malaysia perlu mengadakan dasar luar kerana Malaysia memerlukan barangan untuk keperluan rakyatnya atau ingin memasarkan barang Malaysia ke negara luar. Dasar luar juga penting bagi membolehkan pemindahan teknologi daripada negara luar untuk memajukan negara ini
Oleh sebab rakan dagangan hanya boleh dibentuk melalui hubungan diplomatik,maka dasar luar amat perlu

Penggubalan Dasar Luar Negara

Bagi Malaysia , amat penting agar usaha serta langkah yang kita ambil adalah berpandukan objetif menjamin keselamatan serta kemakmuran negara dan juga menentukan keamanan di rantau Asia Tenggara terus berkekalan.

Menyedari betapa pentingnya negara terus maju dan produktif , kerajaan mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan bercorak antarabangsa.

Kedaulatan negara merupakan tunggak utama system perhubungan antarabangsa. Oleh itu, pengendalian dasar luar negara perlulah menceminkan keadaan yang sedemikian rupa.

Objektif Dasar Luar Negara

  • Menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.
  • Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia.
  • Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah  melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.
  • Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan, dan sosial pada peringkat antarabangsa.
  • Mempertahankan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang.
  • Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.
Peranan Kementerian Luar Negeri

Misi Kementerian Luar Negeri adalah menegakkan kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia, mempromosi dan  melindungi kepentingan Malaysia serta memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pihak berkepentingan dan pelanggan Kementerian melalui amalan diplomasi yang dinamik dan proaktif.Kementerian ini dipertanggungjawab untuk menepati objektif-objektif serantau:

  • Menguruskan hubungan dua hala. Hubungan ini merangkumi bidang politik, ekonomi dan kebudayaan.
  • Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan bagi mengunjur imej negara di luar negeri.
  • Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan, pentadbiran am, kewangan, konsular, keselamatan dan komunikasi.
Keutamaan Dasar Luar Malaysia

Walaupun Malaysia mempunyai dasar luar yang mantap , tidak bermakna negara bebas membuathubungan dengan semua negara di dunia. Ini kerana Malaysia perlu mengambil kira beberapa faktor seperti faktor keselamatan dan juga faedah pembangunan ekonomi , politik dan sosial.

ASEAN

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Association of Southeast Asia Nations) merupakan sebuah organisasi geo-politik dan ekonomi dari negara – negara di kawasan asia tenggara .

ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Pengisytiharan ini telah ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, Menteri Luar Indonesia, Dr. Adam Malik, Menteri Luar Thai, Thanat Khoman, Setiausaha Luar Filipina, Narciso Ramos, dan Menteri Luar Singapura, S.Rajaratnam. Pada dasarnya, Asean mempunyai matlamat yang sama dengan ASA. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah Negara.

Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara Brunei Darul Salam pda 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu mahu menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan keselamatan serantau.

Walaupun matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuh tentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pda tahun 1975 dan diiikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978 merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976.

Pertemuan pertama selepas sembilan tahun penubuhan ini telah berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan ASEAN. Kedua-dua kesetiaan ini adalah memberi tumpuan kepada kestabilan politik serantau seperti usaha membendung ancaman komunis , campurtangan kuasa-kuasa luar selain daripada  menyelesaikan masalah dalaman ASEAN sendiri.  Dengan menwujudkan beberapa kerjasama politik ASEAN seperti pelancaran konsep ZOPFAN, ARF dan Keselamatan serantau menyebabkan negara ASEAN terselamat dari pencabulan hak oleh negara dunia pertama.

Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan perdana menteri, beliau telah menggariskan tiga pendekatan baharu Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan ASEAN secara lebih berkesan supaya dapat menjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di Sidang Kemuncak ASEAN di Laos tak lama dulu. Tiga pendekatan itu adalah menruskan integrasi ekonomi secara meluas, mengembangkan rangkaian dengan Negara-negara rakan dagang, mempromosikan inisiatif pembangunan serantau.

KOMANWEL

Satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British.

Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1931. Pertubuhan ini dianggotai oleh  negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka. Anggota pertubuhan ini diantara 54 negara maju dan negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965, manakala  beribu pejabat ditubuhkan di London.Pertubuhan ini dapat  membina semangat setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Selepas merdeka, negara Komawel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM. Secara rasminya, perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand, Negara-negara ini menjanjikan bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak. 

Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barang Malaysia. Dengan adanya skim ini, cukai barangan Malaysia akan direndahkan dan secara tidak lansung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan Negara lain di pasaran luar.

OIC
Pertubuhan persidangan Negara-negara Islam atau Organisation Of Islamic Conference merupakan satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
~ Mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan.
~ Mewujudkan perpaduan sesama ummah (konflik Israel-Palestin).
~ Membendung segala unsur jahat yang menindas umat Islam di seluruh dunia.
~ Menyokong perjuangan rakyat Palestin.
~ Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegivina.
~ Membangunkan ekonomi dan sosial Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan di negara itu.
~ Membuat pelaburan dalam industri minyak dan gas di beberapa buah negara seperti Iran.
~ OIC juga akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum hakam yang dihadapi oleh umat Islam sejagat.
~ Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank.
~ Menangani asalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam antarabangsa.
~ Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara negara-negara Islam, Malaysia telah menganjurkan musabaqah al-Quran pada tiap-tiap tahun.
~ Malaysia memberikan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Palestin.
~ Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting.
~ Mendapat faedah berupa pinjaman daripada bank pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.
~ OIC juga telah memberikan tawaran biasiswa kepada pelajar OIC untuk belajar di

Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
~ Mendapat pinjaman daripada bank pembangunan Islam di bawah naungan OIC.
~ Menerima pengiktirafan daripada Tungku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.
~ Menjadi tuan rumah menganjurkan Persidangan OIC di Putra Jaya pada tahun 2013.
~ Malaysia diberi kepercayaan menjadi tuan rumah persidangan OIC.
~ Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam.
~ Mengesyorkan Islam ialah agama yang toleran, mencintai keamanan dan penuh kesederhanaan.   
Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam sangat berguna bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Malaysia mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota kerana amat serius memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara anggota. Tindakan yang amat diambil oleh perdana menteri ialah usaha memupuk perpaduan yang berterusan dalam kalangan negara anggota serta rakyat, iaitu memberi penekanan kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perpaduan dan bukannya hal-hal boleh menjejaskan perpaduan. Membolehkan semua orang terutama wanita menyedari potensi mereka. Menggunakan semua sumber yang ada menerusi langkah-langkah yang konkrit dan inovatif. Perlu ada peraturan yang lebih baik dalam usaha memerangi rasuah dan memupuk arus takbir yang baik.
NAM

Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yng disertai lebih 114 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa.

Tujuan utama pertubuhan NAM ialah mewujudkan kerjasama yang erat dalam kalangan anggota.Menjadi medan diskusi bagi negara-negara anggota untuk menyuarah pendirian berhubung isu-isu semasa.Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.Memperjuangkan kepentigan negara-negara sedang membangun.Menekankan hal ehwal yang berkaitan dengan isu-isu ekonomi.Mewujudkan muafakat dan kerjasama dalam kalangan anggota NAM melalui rundingan.Meningkatan penguasaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.

Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun. Mereka membincangkan isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988, Malaysia mengemukakan cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan. Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade. Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota.

Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang ke -13 pada tahun 2003.Antara sumbangan yang terbesar  Malaysia sumbangkan ialah membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina  ke dalam NAM. Deklarasi Kuala Lumpur  menegaskan tentang usaha menghidupkan NAM dan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

PBB 

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa.Bekerjasama dalam Pertubuhan ini telah ditubuhkan secara rasmi tahun 1945. Ibu pejabat terletak di San Francisco (asal) berpindah ke New York pada tahun 1946. Pada peringkat awal pertubuhan, hanya 51 buah anggota telah menyertai. Pada tahun 2002, anggota pertubuhan ini telah meningkat kepada 189 buah anggota.Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemedekaan. Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.

Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDTT, iaitu agensi antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Selain memberikan pandangan, cadangan atau teguran kepada badan dunia ini, Malaysia juga terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengama di Congo (1961), Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990). Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah. Contohnya, WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat, FAO membantu pengeluaran makanan, manakala UNESCO telah memajukan sistem pendidikan Negara 

Matlumat pertubuhan (PPB) adalah menjamin,menjaga keamanandan keselamatanmenyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit.
Cabaran ialah mempromosikan nilai kesederhanaan pada peringkat global.Mendesak penggunaan kaedah perantaraan berbanding dengan ketenteraan dalam penyelesaian konflik.Meneruskan perundingan dalam usaha memperbaharui Majlis Keselamatan PBB secara menyeluruh.

FAO :pertubuhan makanan dan pertanian 
IBRD :bank antarabangsa bagi pembinaan semula dan pembangunan/bank dunia 
ILO :pertubuhan buruh antarabangsa 
IMF :tabung kewangan antarabangsa
UNESCO :pertubuhan pendidikan,sains dan kebudayaan PBB 
UNICEF :tabung kanak-kanak PBB 
WHO :pertubuhan kesihatan sedunia 
 

Ditubuhkan di Belgrade pada bulan september 1961
Anggota terdiri daripada negaranegara membangun di Asia,Afrika dan Amerika selatan 118 buah negara menganggotainya,16 buah negara pemerhati dan 28 buah negara sebagai tetamu jemputan
Menjamin dan mengekalkan keselamatan dan keamanan dunia tanpa menyokong mana-mana pihak
Menggalakkan kerjasama di antara negara dalam politik,ekonomi dan sosial
Mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal sesebuah negara
Menghomati hak asasi manusia dan mengeratkan perhubungan
Menyelesaikan sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham 


ditulis oleh : NURUL SYAFIQAH