Ilmu Kami
Credits Full Template by Zahra Full Edit By Mayar And Zebina Re-Edited by Fatqah. Allright Reserved ●●● |
BAB 4 : PEMBANGUNAN NEGARA
PENGENALAN
Pada hari
ini rakyat Malaysia dapat hidup secara aman dan harmorni dan situasi ini
berkait rapat dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan.
Keistimewaan dasar-dasar pembangunan negara ini adalah kerana semuanya dapat
mengimbangkan amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan. Sebelum tahun
1969, amalan ekonomi bebas diberi keutamaan dan amalan ekonomi ini telah
membawa membawa kepada ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum di negara
kita. Tidak kurang juga pendapat yang mengaitkan peristiwa rusuhan kaum pada 13
Mei 1969 sebagai kesan perbezaan sosieoekonomi antara kaum. Walaupun peristiwa
13 Mei membawa kepada kematian orang ramai dan kerosakkan harta benda, namun
kejadian ini juga turut menyedarkan para pemimpin Negara dan masyarakat bahawa
suatu tindakan yang keras terus diambil.
RANCANGAN
DAN VISI PEMBANGUNAN
Perancangan zaman sebelum merdeka
Perancangan zaman selepas merdeka
Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi
Baru
MAKSUD PEMBANGUNAN
Pembangunan
mempunyai pelbagai maksud dan demensi. Biasanya, pembangunan merujuk kepada
usaha pengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju.
Prubahan yang dimaksudkan aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik,
social, pendidikan, psikologi dan sebagainya. Selain itu, perubahan ini
jugamerujuk kepada aspek fizikal, kebendaan dan bukan kebendaan.
Secara
keseluruhannya, pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat
negara sejak kemerdekaan sehingga kkini. Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan
telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk mengatasi segala
masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu
kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajahan British sebelum
ini.
Pembangunan
negara dirancangkan melalui dua rancangan utama, iaitu Rancangan Malaysia Lima
Tahun dan Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka, Sembilan
rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah
dilaksanakan dengan jayanya.
RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA
TAHUN
Rancangan
Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangka Sederhana yang mengandungi dokumen
kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan Kerajaan,menetapkan sasaran
perkembangan makrorkonomi dan juga saiz serta peruntukkan yang disediakan untuk
program pembangunan sektor awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan.Ianya
juga menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sektor swasta.
Rancangan
Pembangunan Negara Berjadual
Peringkat 1
Rancangan Malaya Pertama(1956-1960)
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Rancangan Malaysia Pertama(1966-1970) -Rancangan lima tahun yang pertama
setelah pembentukan Malaysia.
Peringkat 2
Rancangan Malaysia kedua (1971-1975)
Rancangan Malaysia ketiga (1976-1980)
Rancangan Malaysia keempat(1981-1985)
Rancangan Malaysia kelima (1986-1990)
DEB(dasar ekonomi baru)
Peringkat 3
Rancangan Malaysia keenam(1991-1995)
Rancangan Malaysia ketujuh(1996-2001)
DPN(dasar pembangunan nasional)
Peringkat 4
Rancangan Malaysia kelapan(2002-2006)
Rancangan Malaysia kesembilan(2007-2011)
DWN(dasar wawasan negara)
Perigkat 5
Rancangan Malaysia kesepuluh
Rancangan Malaysia kesebelas
Dasar Ekonomi Baru
Dasar ini telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Rancangan
Malaysia Kedua (1971 -1975). Pembentukan DEP adalah bermatlamat untuk
membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum.
Rancangan untuk mencapai matlamat DEB terkandung dalam Rangka rancangan
Jangka Panjang (RRJP) dari tahun 1971-1990.
Strategi DEB dilaksanakan dengan menggunakan
serampang dua mata, iaitu:
(a) Mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak peleuang pekerjaan kepada semua kaum; (b) Menyususn semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Asas yang menjadi dasar penggubalan DEB adalah disebabkan pengagihan
ekonomi yang tidak seimbang antara kaum, terutama sekali orang Melayu yang
masih ketinggalan dalam ekonomi kerana faktor kemiskinan.
Bagi memastikan matlamat untuk membasmi kemiskinan tercapai, strategi
ditumpukan kepada golongan miskin di luar bandar dan bandar. Pada tahun 1970,
terdapat kira-kira 49.3 % penduduk berpendapatan dibawah paras kemiskinan
(disekitar 200RM), dan kira-kira 86% adalah terdiri dari penduduk luar
bandar.
Usaha kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan dapat dilihat dengan
penyediaan pelbagai program kemudahan untuk keselesaan hidup rakyat seperti
pembinaan jalan-jalan raya, jambatan, bekalan ayer, bekalan letrik, sekolah,
pusat kesihatan, dan lain-lain bantuan seperti bekalan baja, bantuan buku teks,
makanan dan minuman untuk pelajar-pelajar sekolah yang miskin dan sebaginya.
Dasar Pembangunan Nasional
Kerajaan telah melancarkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bersama
dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJPK2) pada tahun 1991.
RRJPK (1991 – 2000) yang mengandungi DPN merupakan era baru bagi
Malaysia khususnya dalam menempuh negara maju menjelang tahun 2020.
Dasar Wawasan Negara
RRJP3 telah digubal berasaskan dasar yang dinamakan Dasar Wawasan Negara
(DWN), dengan tema “meningkatkan keutuhan dan daya saing negara”.
|