Pengajian Malaysia
ENTRIES ABOUT STUDENT CLASS






Ilmu Kami

Dimiliki 5 orang pelajar jurusan Kewangan & Perbankan Islam yang belajar di Politeknik Metro Johor Bahru dari kelas DIB1A intake DIS16.

Credits

© 2017 - Edited by Fayza
Full Template by Zahra Full Edit By Mayar And Zebina
Re-Edited by Fatqah. Allright Reserved
BAB 3 : KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN




Pada tahun 1948, seorang pakar antropologi yang bernama J.S.Furnival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Menurut beliau, masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa.Setiap kumpulan mengamalkan agama,adat,kebudayaan,bahasa,fahaman,dan cara hidupmya tersendiri.Masyarakat majmuk juga hidup bersebelahan tetapi terasing satu unik politik.Dari segi ekonomi,wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum atau etnik.Menurut pandangan seorang penulis sejarah,penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka digambarkan sebagai hampir tidak mempunyai sebarang persamaan dalam setiap perkara hidup mereka, melainkan mereka tinggal dalam sebuah negara.

TAKRIF ETNIK & KAUM

ETNIK ialah satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama, sama ada dari aspek adat resam, bahasa, pakaian atau kegiatan ekonomi.
KAUM ialah pelbagai kaum wujud di negara Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Sikh dan Siam. Di Sarawak dan Sabah pula terdiri dari Melanau, Iban, Dayak, Dusun, Kadazan dan sebagainya.

KONSEP-KONSEP PENTING DALAM HUBUNGAN ETNIK

1.Prejudis
Pandangan negatif terhadap kelompok etnik lain dan tidak berasaskan kepada maklumat yang tepat dan tidak diluahkan secara terbuka.

2.Streotaip
Kenyataan umum yang negatif terhadap kumpulan etnik tertentu dan juga satu gambaran berlebih-lebihan mengenai perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.

3.Diskriminasi
Perbuatanmembeza-bezakan seseorang individu atau kelompok etnik yang lain berasaskanciri-cirietnik.

4.Etnosentrik
Perasaan kekitaan dalam kalangan kelompok tertentu .Wujud budaya yang menyatukan mereka sama ada nilai , tingkah laku dan cara hidup.

5.Etnosentrisme
Perasaan bangga dalam kalangan etnik tertentu bahawa budaya merekalah yang lebihbaik daripada budaya lain.

6.Ras
Kelompok sosial yang mempunyai tanda kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal atau biological seperti warna kulit , rambut dan mata.

7.Rasisme
Pandangan sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok sosial yang lain berdasarkan ciri-ciri fizikal.

8.Bangsa 
Satu kumpulan atau ras yang berkongsi sejarah ,tradisi dan budaya ,Bahasa serta kadang kala agama.


Segregasi
Memperlihatkan tahap hubungan antara kaum atau etnik di Tanah Melayu yang bersifat terpisah.

Akomodasi

Tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup masing-masing.



Akulturasi
Penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya lain.

Asimilasi
Proses pencantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama.

Amalgamasi
Satu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baru dan biasanya berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik atau kaum.





Etnik Melayu


Bagi memahami dengan lebih mendalam kedudukan orang-oarang Melayu di Tanah Melayu, kita huraikan sejarah dan sosio-budaya masyarakat Melayu.

Orang Melayu dapat ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu dimana nenek moyangnya datang dari Indo-China dan Yunan lebih 3,500 tahun dahulu. Walaubagaimanapun, kewujudan etnik Melayu di negara ini juga adalah disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia sejak abad kesembilan lagi.

Antara kumpulan penduduk Indonesia yang ramai berpindah ke Tanah Melayu ialah etnik Minangkabau, Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Mandailing, Kampar dan Rawa. Kebanyakan mereka berhijrah beramai-ramai pada zaman penjajahan Inggeris kerana menjadi buruh kontrak dan buruh bebas diladang-ladang kopi dan getah.

Selain itu, ada juga orang-orang Melayu yang berasal dari Patani (Selatan Thai). Kebanyakan mereka bertumpu di Kelantan, Kedah dan di utara Perak

Etnik Cina


Sebelum kedatangan Inggeris, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil. Kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga sahaja. Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengabilan Pulau Pinang oleh Inggeris dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura dari Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826.

Pada peringkat permulaan, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti Lukut dan Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong telah mencecah hampir 10,000 orang; dan di Larut, Perak, pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang. Kawasan-kawasan lombong bijih timah di Kuala Lumpur, seperti di Ampang, Sungai Kancing dan Klang di Selangor, kesemuanya diuasahakan oleh buruh-buruh Cina. Akibat peluasan kegiatan ekonomi perlombongan, penempatan-penempatan baru masyarakat Cina telah dibuka.

Selanjutnya, kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu digerakkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangcu dengan menggunakan surat kebenaran yang dipanggil Surat Sungai. Implikasi dari system ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor telah menacapai 100,000 orang.

Pihak Inggeris menggalakkan kemasukan buruh Cina ke tanah ayer dengan meluluskan beberapa undang-undang seperti the Chinese Immmigrants and The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan Perlindungan Orang Cina pula ditubuhkan bertujuan untuk melindungi kepentingan buruh-buruh Cina.

Imigran Cina ke Tanah Melayu terdiri dari pelbagai suku kaum dengan perbezaan loghat yang ketara, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama adalah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Suku Hokkienlah yang terbesar sekali sehingga kehari ini. Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan.

Bilangan orang Cina kini setabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun
1967, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu adalah seramai 2, 332, 936 orang. Sehingga tahun 1957, 37% penduduk Tanah Melayu adalah terdiri dari kaum Cina. Walaubagaiamanapun, peratusan terakhir kaum Cina telah menurun ke paras  25%    sahaja berdasrkan laporan akhbar-akahbar tempatan (Oktober, 2007). 

Kaum India

Dalam konteks komuniti India di negara ini, hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu sejak beberapa kurun lalu. Pada Abad Pertama Masihi, penganut-penganut agama Hindu-Buddha telah menyebarkan agama mereka di Nusantara.

Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka pedagang-pedagang India menjalankan perniagaan rempah ratus di Pelabuhan Melaka.

Penghijrahan masyarkat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India. Mereka mulai bekerja sebagai peladan-peladang kopi dan tebu di Seberang Perai, Pulau Pinang. Selepas itu, kaum India menambahkan jumlah pekerja-pekarja mereka di kawasan-kawasan penanaman getah di Perak, negeri Semblan dan Selangor. Dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu. Angka tersebut telah berlipat ganda kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 98,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.

Komposisi suku kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu, kebanyakannya adalah terdiri dari suku Tamil yang berasal dari Tamil Nadu, selebihnya adalah Malayalam dan Telegu. Selain itu, orang-orang India yang berasal dari Sri Lanka dan Punjabi dari Utara India. Kumpulan Tamil adalah yang terbesar iaitu kira-kira 80%. Suku Malayalam di sekitar 7% dan Telegu 4%.

Buruh-buruh India telah datang kenegara ini samaada secara paksaan atau sukarela. Kumpulan yang dipaksa adalah terdiri dari banduan atau tawanan yang bekerja membina jalan-jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan.

Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ialah system Kangani. Mengikut sistem ini, seorang buruh India yang telah bekerja di Tanah Melayu apabila pulang ke India, dia hendaklah mencari seorang pekerja baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang-orang ini dikenali sebagai Kangani. Walaubagaiamanapun, sisitem ini dihapuskan pada tahun 1938.   

Etnik Sabah dan Sawarak

Penduduk di Sabah dan Sarawak juga meriah dengan pelbagai suku kaum dan sub-suku kaum. Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah, misalnya, terdapat lebih kurang 23 suku kaum, tetapi suku Kaum Kadazanlah yang terbesar sekali. Ini diikuti oleh suku kaum Bajau, Murut, Suluk, dan Orang Brunei. Masyarakt kadazan-Dusun masih berpegang kepada animisme. Sebahagian kecil telah memluk agama Islam dan Kristian.

Di Sarawak, setiap suku kaum ada ciri-cirinya yang tersendiri. Antara suku kaum   yang terbesar ialah Dayak, Iban, Melanau (Kristian dan Muslim), orang Melayu, Bidayuh, Penan dan Kelabit. Melainkan orang Melayu dan Melanau, dahulunya kebanyakan suku kaum pribumi Sarawak tinggal di kawasan hutan mendiami rumah panjang atau rumah sementara. Kini rumah panjang telah mengalami perubahan fikizal kerana arus pemodenan hidup yang kuat di negeri itu. 

Idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama.

Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:

1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
OBJEKTIF RUKUN NEGARA

Mencapai perpaduan erat dalam kalangan masyarakat.

Memelihara cara hidup demokratik.

Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Memebentuk msyarakat bersifat liberal,terutama terhadap kebudayaan masing-masing.

Memebina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi