Pengajian Malaysia
ENTRIES ABOUT STUDENT CLASS






Ilmu Kami

Dimiliki 5 orang pelajar jurusan Kewangan & Perbankan Islam yang belajar di Politeknik Metro Johor Bahru dari kelas DIB1A intake DIS16.

Credits

© 2017 - Edited by Fayza
Full Template by Zahra Full Edit By Mayar And Zebina
Re-Edited by Fatqah. Allright Reserved
BAB 2 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA



Struktur pentadbiran sebuah kerajaan melayu dapat dilihat dengan jelas pada zaman pemerintahan kesultanan melayu Melaka.

Tun Sri Lanang dalam karya agungnya sulalatus salatin menggambarkan tentang tiga unsur  iaitu Raja, Sultan, Para Pembesar dan rakyat.

Setelah kedatangan British pada abad ke 19 berlaku perubahan dalam hal cara berpolitik, sistem pemerintahan dan pentadbiran Negara.

Sehinggalah tanah melayu mencapai kemerdekaan baru muncul pentadbiran baharu iaitu sistem pengasingan kuasa.

Mealui sistem ini, badan yang menggubal undang-undang bertindak menjalankan urusan menggubal undang-undang sahaja dan tidak terlibat dalam bidang kehakiman dan juga kuasa badan pentadbiran.


KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA


KONSEP PENGASINGAN KUASA.

Pentadbiran
Menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang serta dasar-dasar negara
Perundangan
Menggubal undang-undang
Kehakiman
Mengadili serta menegakkan undang-undang


Merupakan badan rasmi paling tinggi kedudukan dan statusnya. Majlis ini dianggotai oleh 9 orang Sultan dan 4 orang Gabenor atau Di-Pertua Negeri. Majlis ini dipimpin oleh Yang Di-Pertuan Agong.

TUGAS UTAMA MAJLIS RAJA-RAJA  

Memilih YDPA dan Timbalan YDPA.

Memberi persutujuan atau enggan memberi  persutujuan  kepaad mana-mana  undang-undang  atau member nasihat tentang pelantikan yang memerlukan persetujuan majlis raja-raja.

Memikirkan tentang polisi Negara dan apa jua perkara yang difikirkan patut untuk pembangunan Negara.

Bertindak memelihara hak istimewa orang melayu.

Dalam proses pemilihan atau pemecatan Yang Di-pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-pertuan Agong, hanya raja-raja berhak mengundi. Yang Di-pertuan Agong akan diiringi oleh Perdana Menteri manakala Raja-raja dan Yang Dipertua Negeri akandiiringi pula oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masins-masing, semasa Majlis Raja-raja membincangkan perkara yang berkaitan dengan dasar negara.


YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA)

Merupakan ketua Negara  dan secara tidak langsung bertindak sebagai ketua kepada 3 komponen dalam sistem berkerajaan Negara . 

YDPA dialntik lima tahun sekali dalam kalangan Sembilan orang raja-raja Melayu.

TUGAS YDPA 

Tugas mengikut nasihat 
Tugas mengikut budi bicara 
Pemerintahan tertingi  angkatan tentera 
Memperkenankan rang undang-undang 
Kuasa pengampunan
Dalam bidang eksekutif, YDPA bertindak sebagai Ketua Negara atau Ketua Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan kuasa tertentu kepada baginda. 


Dari suduh sejarah, badan pentadbiran bermula dengan pengenalan Sistem Ahli pada 1951. Di Malaysia, kuasa eksekutif dijalankan secara berperingkat iaitu pentadbiran peringkat Persekutuan, kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan. Peringkat-peringkat seumpama ini dapat menjamin agihan kuasa dan pelaksana kerja yang lebih efisien.


KABINET / JEMAAH MENTERI
Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan sistem pemerintahan yang diamalkan pada masa ini oleh kebanyakan negara.Sistem ini diasaskan oleh Britain.

Kerajaan berkabinet ditadbir oleh segolongan manusia yang mendapat sokongan majoriti dalam pilihan raya dan menduduki kerusi di Parlimen.

Apabila sesebuah parti politik berjaya dalam satu-satu pilihan raya makaparti itu layak untuk memerintah negara kerana rakyat telah memberi mereka mandat untuk memerintah.


KEMENTERIAN
Tugas-tugas menteri akan dilaksanakan oleh sebuah badan dikenali sebagai kementerian.Kementerian merupakan agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan.Portfolio seorang Perdana Menteri akan dijalankan oleh jabatan Perdana Menteri.Seorang Perdana Menteri akan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri.

Peringkat Negeri
Kuasa tertinggi peringkat negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Majlis ini merupakan badan kepimpinan negeri yang membuat dasar dan melaksanakan pemerintahan bagi sesebuah negeri. 

Majlis Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Raja, Menteri Besar dan ahli Majlis yang terdiri daripada empat hingga sepuluh orang ahli dalam kalangan ahli Dewan Undangan.

Peringkat Daerah
Bagi negeri di Semenanjung Malaysia, pentadbiran pada peringkat daerah diketuai Pegawai Daerah dengan dibantu oleh beberapa orang Penolong Pegawai Daerah. 
Mukim di dalam daerah pula ditadbir oleh penghulu.

Di Sarawak struktur pentadbiran daerah terbahagi kepada empat:
Bahagian – Ditadbir oleh Residen
Daerah – Ditadbir oleh Pegawai Daerah
Daerah kecil – Ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri
Kampung – Ditadbir oleh Penghulu

Di Sabah terdapat dua peringkat pentadbiran daerah :
Daerah – Ditadbir oleh Pegawai Daerah
Kampung – Ditadbir oleh Ketua Kampung

Badan Perundangan (Legislatif)

Tanah Melayu telah mempunyai sistem perundangan sendiri walaupun sebelum kedatangan Barat. Dalam hal ini, negeri di Semenanjung Tanah Melayu menggunakan Undang-undang Adat Melayu sementara di Sabah dan Sarawak dikenali sebagai Undang-undang Adat Bumiputera. 
Pada era tradisional, ada dua sistem adat yang diamalkan:
Adat Temenggung

Adat Pepatih


Peringkat Persekutuan

DEWAN NEGARA
Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori  berikut:-

26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap  negeri diwakili oleh dua orang ahli).
44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak kurang dari 30 tahun
  • Waras fikiran
  • Bukan seorang muflis
  • Tidak mempunyai rekod jenayah

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
  • Warga negara Malaysia
  • Tidak kurang dari 21 tahun
  • Waras fikiran
  • Bukan seorang muflis
  • Tidak mempunyai rekod jenayah
  • Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. 

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

Peringkat Negeri

Kuasa perundangan peringkat negeri dilaksanakan melalui Badan Perundangan Negeri.
Badan Perundangan Negeri mengandungi Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri dan Dewan Undangan Negeri.

PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG DAN KEISTIMEWAAN PARLIMEN

Proses penggubalan dan peringkat-peringkat kelulusan undang-undang yang dilalui di Parlimen boleh difahami melalui rajah di bawah.
Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang dengan cara Dewan Negara dan Dewan Rakyat diluluskan sesuatu rang undang-undang serta telah dipersetujui oleh YDPA. 
Segala rang undang-undang yang berkaitan dengan kewangan mesti dimulakan dalam Dewan Rakyat kerana Dewan Rakyat berkuasa dalam hal ehwal kewangan.
Setiap rang undang-undang yang diluluskan oleh sesebuah Majlis Parlimen akan melalui empat peringkat sebelum diluluskan,iaitu:

Bacaan Pertama
Bacaan kedua
Perbincangan Peringkat Jawatankuasa
Bacaan ketiga

Badan Kehakiman (Judisari)

Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia diperuntukan dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Fungsi kehakiman ini dimuatkan dalam perkara 121-131. Untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini, sistem mahkamah telah diwujudkan.

KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN
Kebebasan badan kehakiman bermaksud ia bebas daripada kawalan badan pentadbiran dan badan perundangan.Kebebasan badan kehakiman dapat dilihat pada perkara-perkara 
berikut:
Seseorang hakim ( Hakim Mahkamah Agung/Hakim Mahkamah Tinggi) setelah dilantik tidak boleh dilucutkaan jawatannya sebelum mencapai umur bersara,  iaitu 65 tahun kecuali jika didapati kelakuannya tidak baik atau kerana beliau sudah tidak berupaya (tubuh badannya uzur)  atau sebab-sebab lain yang boleh memberi kesan kepada ke atas tugasnya barulah boleh dipecat.
Pemecatan ini pula perlu  disyorkan oleh sebuah tribunal (atas nasihat perdana menteri) yang mengandungi lima atau lebih hakim yang telah bersara atau sedang memegang jawatan dari Malaysia atau mana-mana negara Komanwel.
Saraan seorang hakim diperuntukkan oleh Akta Parlimen dan saraan tersebut hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan.
Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain tidak boleh diubah 
.
Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen,kecuali perkara itu telah dikemukakan oleh tidak kurang daripada satu per empat ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara tersebut.
PELANTIKAN HAKIM 
Pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri .Sebelum pelantikan dibuat,Perdana Menteri juga perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara.
Dalam pelantikan Hakim Besar Tanah Malaysia,beliau harus berunding dengan dua orang Hakim Besar Mahkamah Tinggi.Manakala dalam soal pelantikan Hakim Besar Borneo, beliau perlu berunding dengan Ketua Menteri Malaysia dan Malaysia.
Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Agung, beliau harus berunding dengan dua orang Hakim Besar manakala pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi,beliau perlu berunding dengan Hakim Besar Mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada Ketua Hakim Negara.
Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas cadangan Hakim Besar.Majistret Kelas Pertama bagi Malaysia dilantik Yang di-Pertuan Agong.Manakala,pelantikan bagi negeri-negeri dilantik oleh Raja/Sultan/Gabenor atas cadangan Hakim Besar. 
Majistret Kelas Kedua bagi Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri-negeri dilantik oleh Sultan/ Raja /Gabenor tanpa Hakim Besar.
SISTEM & CORAK KEHAKIMAN DI MALAYSIA
Sistem kehakiman di Malaysia berbentuk persekutuan.
Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua iaitu:
  1. Mahkamah Persekutuan - terdiri daripada Mahkamah  Atasan, Mahkamah Rendah dan Mahkamah Khas.
  2. Mahkamah Negeri - terdiri daripada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat (Sabah dan Sarawak) 
DEMOKRASI BERPARLIMEN
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau melalui perwakilan iaitu wakil yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Sistem Demokrasi Berparlimen merupakan unsur yang terpenting dalam sistem pemerintahan di negara kita. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengamalan sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.

Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri.

Sementara sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

Pemerintahan Malaysia telah mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan seperti yang dinyatakan dalam perkara 44 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam sistem ini, kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 

Parlimen ini juga mempunyai kedudukan tertinggi dan merupakan badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang dan dasar-dasar Negara.

Dalam demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan. Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) akan bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya.

Amalan memilih pemimpin dan kerajaan dalam demokrasi berparlimen ini dibuat melalui pilihanraya.

Pilihanraya merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan politik. Melalui pilihanraya juga, rakyat diberi hak bagi memberi mandat kepada sesuatu seperti parti untuk membentuk kerajaan. 

Kuasa rakyatlah yang akan menentukan parti yang akan memerintah negara serta membentuk corak pembangunan dan masa depan rakyat.

PERLEMBAGAA

Pemerintahan Malaysia bercirikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan secara langsung menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.

Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 yang mengandungi 183 perkara.

Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia telah diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri.


RAJA BERPELEMBAGAAN
Satu ciri unik dalam pemerintahan Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat daripada Perdana Menteri.  Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.

Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957 iaitu tonggak negara dan Ketua Utama Negara yang merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.

Sistem ini telah membantu memantapkan lagi kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat serta rakyat yang dinaungi oleh raja.

MAKSUD PILIHAN RAYA

Pilihan raya adalah satu mekanisma untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri . Pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat . Pemilihan ini seharusnya dilakukan secara sulit dan ketulusan pengudian. Pengiraan undi dilaksanakan secara terbuka .



FUNGSI PILIHAN RAYA

  • Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
  • Mengekalkan pucuk pimpinan
  • Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
  • Menguatkan kestabilan dan legititmasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik
  • Meneruskan legasi negara Demokrasi Berpalimen
  • Memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan